Wednesday, December 17, 2008

Luahan Hati 1

REMINDER

For entertainment only. Tiada kaitan diantara yg hidup atau pun yg mati..

Setelah 12 hari menghilangkan diri dari dunia seni blogging, Lelaki Awesome kembali dengan entry terbarunya untuk menjawab segala pertanyaan tentang gossip gossip liar yang tersebar melalui internet.

Kenapa baru sekarang Lelaki Awesome kembali ke dunia blogging?

Sebenarnya saya mengambil keputusan untuk berehat seketika di rahsia selama dua belas hari untuk menenangkan fikiran. Saya juga ingin menjauhkan diri daripada segala perkara negatif yang menghantui diri selama ini. Sekarang saya kembali setelah muncul gossip2 panas di internet dan untuk membetulkan perkara sebenar yang terjadi.

Siapa yang Lelaki Awesome maksudkan?

Tak perlulah saya nyatakan siapa orangnya, cukuplah kalau saya bagi url blog mereka,sini dan sini . Paling menyedihkan, mereka orang yang rapat dengan saya sendiri. Apalah dosa saya kepada mereka? Saya tak pernah kacau orang, apatah lagi segala yang saya lakukan tidak melibatkan sesiapa pun. Jika saya buat salah, saya tanggung sendiri.

Setelah pulang dari berehat, adakah Lelaki Awesome kembali tenang?

Sebenarnya tidaklah sangat, kerana walaupun saya jarang melepak, saya tetap mendapat pelbagai cerita yang tidak mahu didengar. Saya ingatkan apabila jauh dari sini, saya akan dapat ketenangan yang saya inginkan. Sebaliknya, saya tetap dihujani tuduhan yang tidak henti-henti. Apa yang mereka dapat dengan berbuat sedemikian?

Kenapa agaknya Lelaki Awesome selalu menerima nasib sebegini?

Saya pun tidak faham mengapa saya sering menjadi sasaran. Padahal, saya juga menjalani kehidupan sama seperti orang lain. Saya masih ada masa untuk keluarga dan kawan-kawan. Salahkah saya menghabiskan masa dengan kawan-kawan seperti orang lain?

Lelaki Awesome sering dilabel sebagai The Mann. Betulkah?

Kalau mereka benar-benar mengenali saya, tolong jawab bila kali terakhir saya The Mann? Kadang-kadang, mereka ini langsung tidak saya kenali, apatah lagi mereka yang tidak mengenali secara mendalam siapakah Lelaki Awesome yang sebenar. Kenalilah Lelaki Awesome sebelum mengata yang bukan-bukan.

Apa pesanan Lelaki Awesome untuk mereka yang berperangai seperti ini?
World peace


No comments: